Datuk K @ Datuk Khalid Mohamad Jiwa

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, [tag]Datuk Khalid Mohamad Jiwa[/tag], yang akan mengahwini penyanyi nombor satu negara, [tag]Siti Nurhaliza[/tag] pada 21 Ogos ini bersetuju membayar tuntutan mutaah lebih RM1 juta kepada bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

 


Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang persetujuan ditetapkan berkaitan tempoh pembayaran tuntutan berkenaan.


Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, kini dapat tidur lena sambil menunggu hari pernikahannya dengan Siti apabila kes tuntutan harta sepencarian bersama bekas isterinya diselesaikan secara baik di pejabat Ketua Mahkamah Syariah yang juga Hakim Syarie Hussin Ahamad, semalam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Siti Nurhaliza. 12 Komen »

Mahkamah Majistret: Sapeia didakwa

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, [tag]Tun Dr Mahathir Mohamad[/tag], dinamakan sebagai seorang daripada empat individu yang menjadi mangsa semburan bahan berbahaya ketika pertuduhan dibacakan terhadap seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.



Selain Dr Mahathir, Nik Sapeia turut dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ahli politik, Datuk [tag]Ibrahim Ali[/tag], Mohd Nasir Muda dan Suberi Shaidan.
Bagaimanapun, Nik Sapeia mohon dibicarakan atas pertuduhan itu bersama empat tuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra. Baca baki entri ini »