KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, [tag]Datuk Khalid Mohamad Jiwa[/tag], yang akan mengahwini penyanyi nombor satu negara, [tag]Siti Nurhaliza[/tag] pada 21 Ogos ini bersetuju membayar tuntutan mutaah lebih RM1 juta kepada bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Bagaimanapun, difahamkan tiada sebarang persetujuan ditetapkan berkaitan tempoh pembayaran tuntutan berkenaan.
Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, kini dapat tidur lena sambil menunggu hari pernikahannya dengan Siti apabila kes tuntutan harta sepencarian bersama bekas isterinya diselesaikan secara baik di pejabat Ketua Mahkamah Syariah yang juga Hakim Syarie Hussin Ahamad, semalam.
“Doakan kebahagiaan saya supaya dapat menempuh hari mendatang dengan lebih baik,” kata Datuk K ketika berjalan menuju ke kenderaannya selepas menyelesaikan tuntutan berkenaan.
Beliau yang memakai sut hitam dan bersongkok tiba di mahkamah bersama tiga kenalan rapat kira-kira jam 9.15 pagi, manakala bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham, 43, hadir bersama dua anak, Mohd Adib, 16, dan Mohd Ashraf, 14, kira-kira 15 minit kemudian dengan dikawal ketat tujuh pengawal peribadi.
Datuk K diwakili peguam, Datuk Muhammad Burok dan Amirah Hamid, manakala Zulkifli Che Yong, Azmi Mohd Rais dan Normawaddah Ramli mewakili Tengku Zawyah.Pada perbincangan selama lebih tiga jam itu, kedua-dua pihak bersetuju meminda beberapa tuntutan harta sepencarian yang sudah dipersetujui sebelum ini.
Antaranya, banglo empat tingkat di Bukit Antarabangsa di sini, akan terus didiami Tengku Zawyah bersama empat anak mereka.
Bagaimanapun, banglo itu hendaklah diserahkan kepada seorang daripada anak mereka yang akan ditentukan Datuk K apabila semuanya berusia lebih 18 tahun.
Selain itu, dua unit rumah berkembar (Semi-D) dua setengah tingkat di Kota Damansara diberi hak dan kepentingan kepada Tengku Zawyah dengan syarat Datuk K hendaklah menjelaskan baki pinjaman kedua-dua rumah itu dalam tempoh lima tahun.Tengku Zawyah turut bersetuju menerima peruntukan tambahan seperti kos percutian tahunan, sara hidup bulanan, insurans, perubatan, bil dan kos penyelenggaraan serta kelengkapan rumah.
Sementara itu, dua lot tanah kosong di Taman Kelab Ukay dan dua unit kondo diserah kepada Datuk K.
Sebuah premis pejabat di Mid Valley di sini yang dituntut Tengku Zawyah sebelum ini turut diserahkan kepada Datuk K.
Dalam permohonan sebelum ini, Tengku Zawyah menuntut satu unit banglo, satu unit kondo, dua unit rumah Semi D, dua lot tanah di Selangor dan satu unit ruang pejabat di Mid Valley serta tuntutan mutaah RM500,000.
Semua tuntutan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM10 juta.
Selain Mohd Adib dan Mohd Ashraf, pasangan berkenaan mempunyai dua lagi anak iaitu Mohd Azif, 8, dan anak sulung mereka, Mohd Anas, 19, yang kini melanjutkan pengajian di Australia dalam jurusan perniagaan.
Ogos 22, 2006 at 11:38 am
Cerita percintaan dan rumah tangga selalu sangat rumit dan menarik untuk dicermati. Dalam hal ini kita tidak pernah bisa menghakimi siapapun yang terlibat: tidak ada yang benar dan yang salah. Yang bisa diidentifikasi adalah titik-titik paut ke-tidak cocokkan antara 2 individu yang ahirnya harus berpisah secara hukum. Adakah riwayat perjalanan rumah tangga Datuk K dan Tengku Zawyah yang dipublikasikan?
April 1, 2007 at 9:07 am
Assalammualaikum
Jiran-jiran berharap & berdoa agar Allah MemBeri ketetapan iman T.Z. & tergolong dlm golongan hambaAllah yg DiSayangi kerana DiTimpa ujian-ujian sebegini rupa. Kami harap, beliau tidaklah terjebak dengan “kawan-kawan” yg hanya ‘menempel’ dgn kemewahan yg beliau ada. Ada segelintir yg dapat & boleh mengheret T.Z. kepada jalan-jalan yg melalaikan. Allahu’alam.
Jun 7, 2008 at 3:38 am
Kami sayangkan Datin Zawiyah …semoga bersabar dan hadapi kehidupan dengan lebih baik insyaallah anda akan memiliki datuk k semula..
Disember 17, 2008 at 2:22 pm
sabarlah wahai tengku zawiyah kerana diwajahmu terpampang keimanan dan ketabahan.Kamu hanya ingin kan kasih sayang tetapi dato k sama macam siti tamak wang harta berjuta hingga gadaikan keiklasan kasih sayangmu.Percayalah kamu telah kecapi erti hidup dan nikmat bahagia tetapi sitimengutip cebis dosa Dato k dan hanya dapat sisa baki hidup kamu dengan dato k ,segala tentang dato k kamu yang tahu tetapi kini Siti kongsi denganmu.Maka bukan siti pilihan pertama tetapi pengutip sisa cinta basi Tengku,untunglah tengku kerana menguasai kemanisan ketika dato muda dan kaya..bialah siti kutip umur tua dato k dan baki tinggalan harta yang masih kuat dicari dato buat Siti.Kami rakyat Malaysia wanita matang pasti dihujung jalan siti yang menderita mengutip sisa cinta orang dan meruntuh mahligai orang lain demi masyarakat kata Siti lah yang baik di dunia walau runtuhkan mahligai tengku dgn anak anak.Moga Allah menghukum insan tamak seperti Siti.Amin
Januari 14, 2009 at 12:33 pm
sy tak pasti kenapa org slhkan datuk k atau siti…mereka tak bersalah…itu kan takdir…ada pula yang kata tengku zawiyah nampak alim…tudung pun tak pakai elok adakah alim namanya itu? pewarna rambut memang halal dipakai tapi tak sah ketika mengambil air sembahyang…bagaimana ianya diklasfikasikan sebagai ‘ALIM’????????
Januari 14, 2009 at 12:36 pm
“Moga Allah menghukum insan tamak seperti Siti.Amin”.. doa orang yang penuh dengan hasrat dengki dan berniat jahat selalunya tidak akan dimakbulkan…daripada duk sibuk mendoakan benda yang tak baik kepada orang lain baik cuba perbaiki diri sendiri dahulu….paling tidak pun doakan kebahagiaan kepada siti dan datuk k….
….”daripada peminat setia SITI NURHALIZA”
Februari 18, 2009 at 12:44 pm
Daripada korang duk sibuk dengan menyebelahi mana-mana pihak alangkah baiknya datuk K ambil kedua-duanya sekali. Isteri pertama tidak diceraikan dan Siti Nurhaliza dikahwini. Inilah gara-gara ingin lari daripada sunnah. Nabi dah ajar elok, umatnya pula tak mahu ikut. Masalah-masalah
April 6, 2009 at 9:23 pm
hi.manusia2 cukup2 lh hina siti sama datok k..apalah salah dorang,esok2 kamu mati tak sempat nak minta maaf,kalau kmu tak atu isi hati siti dgn datok k jgn nak tuduh sembarangan,bagi yg komen siti kutip kasih sayang,itu tdk betul k..bg saya datok punyai kehidupan dan kasih sayang yg baru semuanya serba baru.betul tak datok k.siti cantik,manis semua dia ada,kalau perangai isteri tua cantik takkan datok k nak tinggal kn dia..kalau dia istri yg baik takkan dia menuntut berjuta2,,bukannya datok k tak nak kasi mkn anak2…
April 6, 2009 at 9:33 pm
yg saya tak puas hati..kenapa salah siti saja yg nampak,salah isteri tua mana??????? Itula makanya jgn sekali2 nak tuduh siti sembarangan kesian siti mungkin siti telampau stress makanya dia belum hamil..utk datok siti n K,saya doa kn semoga allah membuka pintu rezeki utk mdapat zuriat amin bg yg membaca tentunya mengaminkn itu sdh 1 doa, kalau siti baca,beri saya peluang berbual sama siti saya teringin sangat, nama saya sabrina no hp>+6738821122 i love you siti.. Bye MMMuahzz..
April 6, 2009 at 9:35 pm
i love you siti: saya dari brunei
September 18, 2009 at 5:11 am
datuk k yg salah…hahah…
siti salah sebab tak mau jadi isteri kedua….haha….
tengku zawiyah…be strong k….
September 18, 2009 at 5:15 am
siti makan budi, apa salah jadi isteri kedua.
datuk k memang lelaki…asal ada peluang dan keberanian…there u go..
tengku zawiyah….di pihak yang dikeciwakan….be strong.