Mahkamah Majistret: Sapeia didakwa

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, [tag]Tun Dr Mahathir Mohamad[/tag], dinamakan sebagai seorang daripada empat individu yang menjadi mangsa semburan bahan berbahaya ketika pertuduhan dibacakan terhadap seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.



Selain Dr Mahathir, Nik Sapeia turut dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ahli politik, Datuk [tag]Ibrahim Ali[/tag], Mohd Nasir Muda dan Suberi Shaidan.
Bagaimanapun, Nik Sapeia mohon dibicarakan atas pertuduhan itu bersama empat tuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra.Nik Sapeia yang berkot tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, kira-kira jam 3.55 petang, sebelum masuk ke [tag]mahkamah[/tag] lima minit kemudian sambil diiringi dua peguamnya, Zainal Abidin Mustaffa dan Ilias Mohd Noor.

Turut mengiringi, isterinya, Datin Suriani Yahya, dua anaknya dikenali Nik Fatani dan Marina serta kira-kira 20 saudara terdekat dan sahabatnya.

Dalam prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Shahidani Abdul Aziz menawarkan RM10,000 sebagai wang jaminan terhadapnya.

Bagaimanapun, Zainal Abidin merayu wang jaminan dikurangkan kepada RM7,000.

Berikutan itu, Tengku Amalin A’ishah Putri menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,500 serta 22 November ini sebagai tarikh sebutan semula.

Bagaimanapun, wang jaminan itu dibayar sendiri anaknya, Nik Fatani, sejurus selepas itu.

Dalam pertuduhan utama dibacakan semalam, Nik Sapeia didakwa menyembur bahan berbahaya dengan alat penyembur yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap Ibrahim, Nasir, Suberi dan Dr Mahathir.

Bagi setiap pertuduhan pilihan, dia didakwa menyebabkan kecederaan serta menyembur bahan berbahaya itu terhadap empat individu terbabit secara berasingan.

Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 11 pagi pada 28 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 324, Kanun Kesiksaan.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.

Nik Sapeia ditahan polis kira-kira jam 10 malam pada 28 Julai lalu di rumahnya di Pasir Tumboh, dekat sini, berkaitan dengan insiden semburan sejenis bahan pemedih mata.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan empat hari kemudian selepas tempoh tahanan reman terhadapnya tamat.

Sebelum ini, akhbar melaporkan insiden itu berlaku ketika Dr Mahathir baru hendak memulakan ucapan menggunakan pembesar suara menerusi bumbung lutsinar kenderaan dinaikinya berhampiran pintu keluar lapangan terbang terbabit.

Berikutan insiden terbabit, bekas [tag]Perdana Menteri[/tag] itu tiba-tiba dilihat menekap hidungnya sebelum batuk beberapa kali menyebabkan matanya kemerahan.

Dr Mahathir berada di Kelantan pada hari kejadian atas jemputan menghadiri program anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) diketuai Datuk Ibrahim Ali serta Alumni Bekas Ahli Parlimen dan Adun [tag]Barisan Nasional[/tag] Kelantan (Protem) pimpinan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Oleh Isma Ismail

Satu Respons bagi “Mahkamah Majistret: Sapeia didakwa”

  1. adrean abdullah Says:

    firstly, i would like to say thank you to you for all the things that you have done to the country and we malaysian.having said that, there many ungreatful malaysian which has forgeten their roots. as a voting malaysian i am very ashamed with most of our politician. they dont realised that without us they wont be where they rae today. i life we have to have balance in everything. religion, food , business, health and self personility. what is and has been happening in this country is everthing is control by one organisition, that is not bad but you have to do it right just as how it was during your time. today your opinion does not count and you are put aside after all that you have done. gemilang, cermelang and terbilang to me it is the biggest bullshit that has ever been created. lets not go that deep,before we can improved all malaysian attitude and mind set the laeders have to be on the top of everything. focus on the country and at the same time focus on the growth of the people and also our said religion ISLAM. is that statement RIGHT!!!!!!!! being a convert i am very angry and sad because how the leaders make used the name ISLAM to benefit them. PLEASE DEFINE NEGARA ISLAM. this what i want to ask pakla. you will have an answer that is easy to understand but him with his team i dont think so. lets wait till i meet him. anyway there is so many others issues that i need to say but lets end here and wait for your reply. hope this block is not a hoax and it is actualy directed to you. thank you and all the best wishes to you and your family.


Tinggalkan jawapan