Inspirasi Siti

 

 

Datuk Khalid Mohamad Jiwa jadi pembakar semangat bidang perniagaan

BUKAN mudah mendengar penyanyi tersohor Siti Nurhaliza Tarudin (gambar) berbicara secara terbuka mengenai lelaki. Soal cinta dan kekasih adalah sesuatu yang cukup peribadi buatnya. Gadis ini terlalu perahsia. Tidak hairan tinggal lebih sebulan saja lagi untuk bergelar isteri, baru Siti bersedia mendedahkan siapakah bakal suaminya.

 

Kini Siti sibuk membilang hari menuju detik bersejarah dalam hidupnya. Sebelum ini Siti agak keberatan berkongsi cerita cintanya, baru-baru ini, tika diajukan perasaannya bakal bergelar raja sehari penyanyi itu agak keberatan.

 

Bagaimanapun ketika dia hampir meninggalkan majlis pelancaran produk terbaru Olay, sekali lagi soalan sama diajukan. Kali ini tanpa berselindung Siti akui dia berdebar menantikan hari bahagia.

Raut wajah Siti kelihatan tenang, bagaimanapun bila diselami kata-kata yang lahir dari bibir manisnya itu membayangkan betapa serabut fikiran Siti. Penyanyi ini terlalu komited dengan kerja, bukan soal kahwin yang terlalu dibimbangi sebaliknya Siti lebih bimbangkan kerjanya yang masih belum selesai.

 

“Siti akan pastikan jadual diselenggarakan dengan baik. Apa lagi masa yang tinggal terlalu singkat, Siti akan pastikan semua kerja disiapkan sebelum tibanya hari bersejarah.

 

“Siti sudah mempunyai cita-cita apabila melangkah ke alam rumah tangga kelak, Siti mahu tumpukan kepada perniagaan dan berharap Siti Nurhaliza Production (SNP) akan lebih berkembang,” katanya yang menjadikan suami tercinta Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K sebagai inspirasi.

 

Penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini menganggap perkahwinan sebagai satu kesefahaman. Melayari bahtera yang dikemudi dua nakhoda menuntut persefahaman dan kesabaran apa lagi bergelar penyanyi popular sepertinya yang turut menjadi milik masyarakat.

 

“Apabila ikatan sudah terjalin, Siti anggap ini sebagai satu kesefahaman. Kami masing-masing menjalankan perniagaan keluarga. Apa yang boleh Siti katakan, Datuk akan menjadi penasihat dan membimbing Siti menjadi peniagawati berjaya.

 

“Datuk banyak memberi idea malah kami juga berkongsi minat yang sama. Kami bukan tamak tapi mahu perniagaan kami berkembang. Malah, Siti juga berharap satu hari nanti SNP bakal melahirkan artis rakaman,” katanya.

 

Bukan mudah bergelar Siti Nurhaliza, tindakan nekad memilih Datuk K sebagai pasangan hidup mengundang pelbagai reaksi. Ada yang suka malah ada yang tidak berkenan langsung dengan pilihan hati penyanyi itu.

 

Dari pandangan mata Siti Nurhaliza, Khalid yang dikenali awal April tahun lalu di Royal Albert Hall, London terlalu istimewa. Katalah apa saja, kata Siti hanya dia yang tahu luar dan dalam Khalid.

 

Hanya Siti yang tahu keistimewaan Datuk K

BIARPUN enggan merungkai keistimewaan Khalid dengan lebih mendalam, keikhlasan dan kejujurannya berjaya menambat hati seorang yang bernama Siti Nurhaliza gadis yang menjadi kegilaan ramai jejaka. Keberanian Khalid memikat Siti barangkali meruntun hati sepinya.

 

“Biar Siti saja yang tahu keistimewaan Datuk. Nak jelaskan pada orang susah, mungkin kita rasa istimewa tapi orang luar yang tidak mengenalinya tidak tahu. Tak apalah asalkan Siti tahu hati budi, keikhlasan dan kejujuran Datuk” katanya.

 

Seperti wanita lain, Siti juga mempunyai perkahwinan impian. Namun, Siti Nurhaliza lebih senang bersederhana bagaimanapun katanya menjadi orang dikenali bukan mudah kerana setiap tindak tanduknya menjadi bualan.

 

“Buat majlis kecil-kecilan susah, buat besar-besar pun susah. Tapi Siti faham itulah bayaran yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti. Siti tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Cuma Siti harapkan perkahwinan Siti akan berjalan dengan lancar,” katanya yang akan diijabkabulkan tanggal 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Dikirim dalam Siti Nurhaliza. 3 Komen »

3 Respons bagi “Inspirasi Siti”

  1. faz Says:

    anyway aku x leh nk komen byk sgt psl ct kawin ngn datuk k sbbnye jodoh prtemuan di tgn tuhan.cumenye aku x muyskil sgt apasal lah ct ambil duda yg baru cerai.dhlah x hensem.kaye pulak sbb tuah bini yg kaye je.ank dh bsr2.tak sgn ke.cubelah cari yg bujang ke.hensem ke ni tak.aku nk tngok mjlis die pun aku giler tngok muka datuk k tu.dhlah playboy orgnye….:(

  2. pUtra Says:

    sAya HaNyA UcAPKEN sELAMATLah uNTUK cT sEMOGA bAHAGIA.

  3. aRIyo Says:

    PeTemuAn itU MEMANG bEGITU HARU bILA dILIhat. DaN TiDaklaH lUpa UnTUK kITA yANG iSLAM uNTUK menJAlankan Ibadah Puasa Dengan hikma. sAya HaNyA UcAPKEN sELAMATLah uNTUK cT sEMOGA bAHAGIA.FROM aRiYO


Tinggalkan jawapan