Siti isteri solehah


WALAUPUN bergelar isteri ahli perniagaan, penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, 27, akan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni, namun ia bukan lagi keutamaannya sebagaimana dulu sebaliknya rumah tangga kini jatuh nombor satu.


Katanya, suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, memahami kerjayanya dan memberi izin beliau meneruskan kerjaya seni dan akan cuba membahagikan jadualnya dengan sebaik mungkin.


“Saya memanjatkan kesyukuran kerana majlis pernikahan saya berjalan dengan baik. Ia menjadi detik permulaan bagi fasa terbaru dalam hidup saya dan berjanji akan menjadi isteri solehah.

“Saya bersama-sama Datuk Khalid akan layari kehidupan sebagai suami isteri dengan sabar. Bagaimanapun, kerjaya seni akan diteruskan sekali gus menjadi isteri berkerjaya. Harap segalanya berjalan dengan baik dengan bimbingan Datuk Khalid dan doa semua peminat.


“Saya akan cuba bahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Bagaimanapun, sudah tentu keutamaan saya sekarang ialah rumah tangga,” katanya ketika sidang media selepas majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.


Katanya, perkara pertama yang akan dilakukannya selepas ini ialah berehat selama seminggu untuk memberi masa kepadanya melaksanakan tugas sebagai isteri.


“Saya akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga selepas majlis ini tetapi selepas itu saya tidak tahu lagi. Ia belum diputuskan di mana kami akan tinggal selepas ini,” katanya.

Sebagai isteri, Siti mengakui tanggungjawabnya begitu besar kepada suami termasuk menyediakan makan minumnya. Bagaimanapun, katanya, dia belum berkesempatan menyediakan masakan untuk Khalid.


“Apa yang saya tahu, Datuk Khalid tidak terlalu memilih tapi makanan kegemarannya ialah masakan kampung seperti gulai tempoyak dan masakan yang pedas-pedas,” katanya.


Mengenai panggilannya selepas ini, Siti berkata, kalau boleh panggillah seperti dulu kecuali majlis protokol yang memerlukannya dipanggil Datin.


Siti yang anggun dengan kurung moden warna putih dari kain lace rekaan Radzuan Radzwill, sah menjadi isteri Khalid atau Datuk K dengan sekali lafaz, kira-kira jam 11.35 pagi semalam dengan mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.


Siti turut menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid untuk majlis pernikahan dan dibalas sembilan dulang oleh Siti.


Mengenai pesanan ayahnya sebaik saja bergelar isteri, Siti yang nampak ceria dan tenang berkata, ayahnya selalu berpesan supaya dia menjaga maruah sebagai isteri, jaga rumah tangga dengan baik dan jangan lupa keluarga.


Katanya, ayahnya, Tarudin Ismail, agak emosi ketika dia datang mencium tangannya selepas majlis pernikahan berbanding ibunya, Siti Salmah Bachik, kerana dia seorang yang sensitif walaupun dia anggota polis dan nampak garang.


“Sudah menjadi kebiasaan apabila majlis seperti bermaafan di hari raya, memang ayahnya lebih emosi berbanding emak,” katanya.


Mengenai mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000, Siti berkata, ia atas permintaan ayahnya sempena al-Quran disempurnakan selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari dengan 30 juzuk.

Katanya, dia agak berdebar apabila dibawa ke Dewan Solat Utama untuk acara pernikahan hingga banyak berselawat dalam hati dan berdoa agar segalanya berjalan dengan baik. Sebelum itu Siti menanti di Dewan Muslimat.


Untuk majlis pertunangan, Siti menerima lima dulang hantaran daripada Khalid dan dibalas tujuh oleh Siti. Hantaran daripad Khalid ialah cincin, rantai dengan tulisan Allah, jubah yang dibeli di Makkah, bunga rampai dan manisan halwa betik manakala daripada Siti seperti sirih junjung, bunga rampai, al-Quran dan kain baju Melayu dari kain tenun Pahang.


Untuk majlis pernikahan, Siti menerima tujuh dulang dan dibalas sembilan. Antaranya set barang kemas, baju lace, beg tangan, jam tangan dan tidak lupa strawberi bersama cokelat manakala dari Siti ialah kain sampin songket hijau, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, tali pinggang dan dompet dan tuxedo.


Semua barang hantaran ini digubah oleh Datuk Shah Rezza dari Nusantara Germs. Ia diberi nama sempena lagu-lagu popular Siti seperti Sanggar Bayu dan Adi Warna untuk majlis pertunangan manakala nikah dinamakan Azimat Cinta dan Sebenar Cinta.

Dikirim dalam Siti Nurhaliza. 5 Komen »

5 Respons bagi “Siti isteri solehah”

  1. 4R!0 Says:

    sMoga SIti dApat menJalankaN tUgAS SEBAgAI IstRi yang SOleHah. Oh….iyA Apa Siti Puasa TaK LAmA UsaI sUdaH akhIR Dari PeNutup, SeTElAH lAILatul QaDAR.kUNjUNG 2 hARI lAGi bERlEBAran,

    saYA sEndIri, Disini MaU MENgUCApkaN ;

    [ MINAL aidzin WalfaidzIn ]

    Mohon Maaf Lahir Dan Batin , Salam SaYa.
    Wass. Wr. Wb

    08568613324 Ariyo Nur Putranto

  2. 4R!0 Says:

    sMoga SIti dApat menJalankaN tUgAS SEBAgAI IstRi yang SOleHah. Oh….iyA Apa Siti Puasa TaK LAmA UsaI sUdaH akhIR Dari PeNutup, SeTElAH lAILatul QaDAR.kUNjUNG 2 hARI lAGi bERlEBAran,

    saYA sEndIri, Disini MaU MENgUCApkaN ;

    [ MINAL aidzin WalfaidzIn ]

    Mohon Maaf Lahir Dan Batin , Salam SaYa.
    Wass. Wr. Wb

    SalaM

    0856 Ariyo Nur Putranto 8613324

  3. Naning Says:

    Untuk mbak Siti,

    Saya berdoa supaya mabak siti sukses selalu, dan diberikan karunia yang terbaik dari Tuhan

  4. muhammad Says:

    macam ner perkembangan siti skang ni.
    semoga sihat selalu

  5. ucu firdaus Says:

    salam sejahtera mba siti
    jangan menahan untuk segera punya anak, sebab anak adalah karunia Alloh SWT.


Tinggalkan jawapan