Mahu jadi Cinderella


KUALA LUMPUR: Mengenakan gaun yang cantik dan diarak menaiki kereta kuda seperti digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella, menjadi impian penyanyi pujaan ramai, Datin Siti Nurhaliza Taruddin, 27, sejak sekian lama.

Justeru, apabila tiba saatnya mendirikan rumah tangga, Siti begitu berharap hajatnya terlaksana. Bagaimanapun atas alasan tertentu khususnya faktor keselamatan, impiannya itu terpaksa dilupakan. Bagi mengubati hati Siti yang bergelar isteri pada 21 Ogos lalu dan memenuhi janji penyanyi jelita itu berkongsi hari bahagia dengan peminat setianya, Siti akan muncul di balkoni tingkat tiga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum majlis persandingan dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berlangsung, Isnin ini.

Perunding perkahwinannya, Datuk Shah Rezza berkata, keputusan itu dibuat pada saat akhir selepas rancangan awal iaitu perarakan menaiki kereta kuda dibatalkan atas sebab keselamatan. Ini berikutan ura-ura kononnya ada pihak memprotes dan ingin membaling telur busuk sekiranya penutupan beberapa laluan utama di KLCC diiteruskan bagi memberi laluan perarakan itu. “Sebaik mendapat tahu upacara berarak menaiki kereta kuda tidak dapat dilakukan, Siti memang susah hati. Satu sebabnya dia bimbang tidak berpeluang berkongsi kegembiraan dengan peminat apatah lagi kad undangannya terhad.

“Pun begitu, selepas berbincang kami menemui kata sepakat dan Siti sendiri bersetuju muncul di bahagian sayap barat bangunan itu bagi membolehkan peminat menatap wajah ratu sehari itu,” katanya. Sepanjang sesi selama 30 minit bermula jam 5 petang itu, Siti akan bersendirian tanpa suami tercinta untuk memberi peluang kepada peminat yang menyokong kerjaya seninya selama 11 tahun, melihatnya secara dekat. Penyanyi Biarlah Rahsia, diijabkabulkan dengan Datuk K di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu. Siti menerima mas kahwin RM22,222 berserta wang hantaran RM30,000 dan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan.

Oleh Norhadiani Baharom

Tags: , ,

Dikirim dalam Siti Nurhaliza. 6 Komen »

6 Respons bagi “Mahu jadi Cinderella”

  1. pooraahhhh Says:

    weeeeiii nak jadi cindrella la plakkkkkkkk..pegiidaahhh..kalau kawin ngan bujang ok gak..ayah aku lagi hensem kot..amboi amboi amboii awas korang…kihkihkih

  2. paaaniee Says:

    wweeii belambak lagi laki dalam malaysia yang pi kebas laki orang buat paa macam dah tak laki lain dalam dunia nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. izzati b.t mohd nor Says:

    siti nurhaliza i dah balik nati kita telefon i tahu siti nurhaliza lepsa kita ada anak siti nurhaliza kita pergi cuti sepuluh hari kita boleh pergi ke mana siti nurhaliza makin cantik i suka siti nurhaliza paki tudung putih nati kita jumpa lagi siti nurhaliza b.t tarundi.

  4. ELL Says:

    suka ati dia ler nk jd cinderalla ke per ke?….dia ada duit suke die ler…yg u all ni asik wat dose je watper…lantak kan jelah…

  5. ros_ctz Says:

    rose nak tengok cek citi serius untuk mengenakn jilbab,,,because you are beutiful & more beutiful if u wear headscraft cek……..love u cecek_qoe cayang

  6. iksan Says:

    lantak r apa orng nak kata wahai siti nurhaliza oi….kita sebagai umat islam sepatutnya mendoakan kebaikan sesama muslim bukannya mendoakan yg x baik…jodoh pertemuan adalah ditangan Allah…dan semua ini telah ditakdirkan olehNya….apa2 pun siti u memang nmpk mcm cinderella…mereka yg kutuk u 2 sebenarnyer jelez coz mereka tak secantik insan yang bernama SITI NURHALIZA


Tinggalkan jawapan