KUALA LUMPUR: Mengenakan gaun yang cantik dan diarak menaiki kereta kuda seperti digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella, menjadi impian penyanyi pujaan ramai, Datin Siti Nurhaliza Taruddin, 27, sejak sekian lama.
Justeru, apabila tiba saatnya mendirikan rumah tangga, Siti begitu berharap hajatnya terlaksana. Bagaimanapun atas alasan tertentu khususnya faktor keselamatan, impiannya itu terpaksa dilupakan. Bagi mengubati hati Siti yang bergelar isteri pada 21 Ogos lalu dan memenuhi janji penyanyi jelita itu berkongsi hari bahagia dengan peminat setianya, Siti akan muncul di balkoni tingkat tiga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum majlis persandingan dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berlangsung, Isnin ini. Baca baki entri ini »






